Gambar ini mengingatkan Ana Ghoib kepada sebuah hadis Asbabun Nuzul Surah Al Kauthar bahawa apabila Syaidina Umar menyebut kepada Nabi bahawa burung burung jinjang di telaga Nabi itu pastinya cantik maka Nabi menjawab bahawa mereka yg memakan burung itu akan lebih cantik lagi. Apa maksudnya fikirkan….

Surat Tun Dr Mahathir Komentar:

Tulisan DR MASHITAH IBRAHIM di bawah melalui  Sinar Harian ini lebih kepada tujuan politik tafsirannya cuba mengukuhkan hudud itu PAS dan PAS itu hudud. Kuasa politik nampaknya sentiasa mengubah orang yg berilmu menjadi manipulator agama baik dipihak PAS atau sesiapa pun dalam arena politik.

Inilah hasilnya pertentangan antara budaya dan agama ditambah sikap suka berbantah bantah yg memunahkan. Solusi belakang cerita yg penting polemik untuk menunjukkan keberadaan diri lebih penting dari keberadaan hukum itu sendiri.

Menyelamatkan airmuka pemimpinn dan diri sendiri lebih penting dari wajah Allah dan hukumnya maka diseretlah pengikut dan peminat ke pelbagai cabang ilmu dan padang pasir tandus kosong dan kemudian kembali semula ke titik asal.

Solusi mudahnya jangan takut hukum tuhan hudud dan kuasakannya serta merta bercempiaran lari si iblis syaitan penghasut dan penasihat tersembunyi. Langkah awal kuasakan hudud atas diri sendiri serta yakin dan teguhlah. Kemudian dari itu wahai Mashitah nama yg dimuliakan, maka berilah mereka si pesalah pilihan hukuman hudud atau hukuman sivil maka jika dia menolak hudud maka dia Allah jualah akan mengadilinya kelak di akhirat. Maka itu kita terpisah dari kita orang yg tidak percaya akan hukum itu justeru yg mengatakan ia zalim dan tidak mahu dikenakan keatas dirinya akan dihakimi sendiri oleh Allah.

Manakala yg mahu dihudud maka ia hendakalah dilaksanakan terutama bagi hukuman yg merujuk kepada janganlah engkau belas kasihan dengan mereka iaitu hukuman bagi penzina yg sudah berkahwin.

Manakala bagi pertuduhan mencuri tidak disebut larangan belas kasihan kepadanya hukumlah sekata dengan hukuman sivil. Manakala si pesalah tetap tahu hukuman hudud berkuat kuasa atas diri nya dan sekiranya ia masih melakukan kesalahan berulang maka hudud tetap dilaksanakan bersyarat sebab ia melakukan kesalahan itu diperiksa hakim yg adil.

Allah mengampuni dosa semuanya dan ada menyebut kesalahan kesalahan kecilnya itu dimaafkan melainkan kesalahan yg besar.

Umpama Hudud

Sebagaimana dikatakan Nabi Isa as bahawa perumpamaannya hidup didunia ini ialah tangkai gandum dan tumbuhan ‘weed’ berduri seakan gandum juga tetapi tumbuh menyamar dikalangan gandum itu. Tidaklah bijak mencabut tumbuhan ‘weed’ itu tadi sewaktu mereka tumbuh bersama kerana akan tercabut sekali akar si gandum tadi. Tetapi hendaklah diikat asing antara kedua tumbuhan itu dan apabila keduanya mengeluarkan hasil hendaklah dicabut si gandum dan dibakar si penyamar ‘weed’.

Demikianlah perumpamaan cara mengasingkan dua jenis manusia yg percaya, pendosa, pesalah dan orang baik umumnya. Hudud adalah ikatan itu bukan mencelanya zalim terlebih awal dan ungkapan kamu itu tentunya akan tertulis dan dipertanyakan.

Manakala bagi si pemaksa yg gopoh dan melaksanakan hukum hudud ini sehingga tahap zalim dari pengertian manusia hendaklah di peringatkan ungkapan Nabi Isa bahawa si pelaksana hukum hudud yg tersebut di dlm kitab Taurat dan Al Quran iti mestilah dari kalangan mereka yg tidak berdosa sedikit pun.

Demikianlah Isa dan Injil menerangkan dan akan fahamlah orang yg beriman kepada 3 kitab samawi ini dan mengambil ibrah hikmah darinya dari orang yg hanya mempercayai rukum Islam namun melupakan isi kandungan rukun itu.

Firman Allah di dalam Al Quran menyebut doa Islam mengenai ‘tidaklah kami perbeda bedakan antara para Nabi itu’ harus dijadikan batu ujian bersama Al Quran untuk menerjemah hukum yg diperselisihkan dari segi rasa dan kaedahnya an sesungguhnya dalam berhukum itu Allah dan Rasulnya dari kalangan semua bangsa baik Arab, Nasrani atau Israel hendaklah kita sukakan.

Tidak adalah hukum itu akan diperdengarkan dari langit syurga melainkan kitab yg 3 ini maka tugas kitalah menggunakan batu ujian Al Quran memeriksa kesahihan kitab terdahulu bukan menjauhi dan memomokkannya. Lebih tepat berserah kepada Allah dan katakanlah Allah dan para Rasulnya dan diakhiri Nabi Muhammad saw lebih tahu. Jika kamu mengimaninya…..

[pullquote_left]Analogi mudah Dr M ialah 2 pencuri india melayu ditangkap maka hukum potong tangan si keduanya zalim? Mengapa tidak hudud kepada si melayu sahaja?

Hudud wajib dikuasakan namun melaksanakannya mesti dari kalangan hakim manusia yg tidak zalim. Bukan terus menuduh hukum tuhan zalim.

Menunjukkan kebaikan dari firman Allah dalam semua kitab itu lebih utama dari menunjuk kebaikan diri sendiri – Ana Ghoib[/pullquote_left]DALAM satu perjumpaan dengan bloggers pelbagai kaum di Kuala Lumpur pada Januari 2011, bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat ditanya kenapa Pas seolah-olah tidak mahu melaksanakan hudud. Jawabnya: “Dr Mahathir datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksanakan hudud, kerajaan Pusat akan mengambil tindakan. Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran.”

Beberapa bloggers yang hadir hairan kerana Nik Aziz mengaitkan pelaksanaan hudud dengan Mageran (Majlis Gerakan Negara). Mageran di Kelantan pada 1977-78 adalah untuk menyelamatkan negeri itu yang dilanda sengketa politik. Ia bertujuan mententeramkan keadaan dan memulihkan pentadbiran sivil. Selepas reda, kuasa diberi semula kepada kerajaan pilihan rakyat untuk berfungsi. Mageran tidak ada kena mengena dengan hudud.

Dalam kempen pilihan raya, pemimpin Pas sering beri alasan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad menentang pelaksanaan hudud. Mereka ulang-ulang kenyataan Nik Aziz yang takut Mageran dikenakan di Kelantan jika hudud dilaksanakan. Padahal Tun Dr Mahathir hanya memberi ingatan secara umum agar pelaksanaan hudud tidak sebabkan kekecohan, tetapi pemimpin Pas telah memutar belit dan mengaitkan kegagalan dan ketidaksediaan kerajaan negeri dengan kenyataan bekas perdana menteri itu.

Surat Tun Dr Mahathir bertarikh 8 Jun 1994 tidak langsung menyebut Mageran atau sebarang tindakan khusus terhadap mana-mana pemimpin Pas. Dalam suratnya, Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa kerajaan Pusat akan berpandukan kaedah Islam dalam tindakannya, iaitu menjaga kepentingan ramai. Beliau menekankan perlunya kerajaan bertindak secara adil untuk mengelak berlakunya kezaliman dan huru-hara.

Oleh kerana ada kesangsian di kalangan pakar perundangan bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan Pas adalah benar-benar adil dan menepati ajaran Islam, Tun Dr Mahathir mengingatkan tindakan Pas yang dianggap berat sebelah atau zalim akan memberi gambaran negatif kepada bukan Islam, sebabkan mereka menjauhkan diri daripada Islam dan tidak berminat memeluk Islam.  Baca lanjut Sinar Harian

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share