[pullquote_left]Memang tak best sebut Indon shj kawan kawan. Kasihanlah nanti mereka akan membalas Malingsia jika kita org Msia. Sayang Indonesia masih belum dapat menghakis mentaliti warga marhaennya spt yg dinukilkan Sukarno sejak dulu lagi yg tidak banyak mereka faham makna marhaen itu dan pemimpin mereka sedia mengubahnya.

Dgn jalan marah dan sentimental serta bermusuh dgn jiran tidak membantu menaikkan taraf diri kita selainkan perubahan minda dan intelek serta resam politiknya sama juga halnya dgn Malaysia dgn melayu yg kadang malaise kadang macai nya….

by ana ghoib [/pullquote_left]NUNUKAN – Pihak berkuasa imigresen Kalimantan melarang orang ramai menyebut ‘Indon’ bagi mengelar warga Indonesia di Pelabuhan Tunon Taka, Nunukan, Kalimantan, Indonesia.

Dipetik Jakarta Post, ketua pegawainya, Hasan Basri berkata, perkataan ‘Indon’ membawa maksud ‘budak’ atau ‘pelacur’ dalam bahasa Arab.

“Masyarakat negara jiran selalu menyebut Tenaga Kerja Indonesia (TKI) kita dengan sebutan ‘Indon’, panggilan ini sungguh kasar dan memperlekehkan bangsa Indonesia,” katanya.

Menurutnya, tidak susah untuk menyebut ‘Indonesia’ bagi negara serumpun.

Kini, pelabuhan yang menjadi depoh keluar dan masuk warga Indonesia tertera kenyataan, “Dilarang Menyebut Kata-kata (Indon), dan sebenarnya ialah (Indonesia).  SH

 

 

http://www.sinarharian.com.my/global/dilarang-sebut-indon-1.145470

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share