[pullquote_left]Apa mahu takut demi pembuktian.

Minta sub machinegun dan kevlar helmet rempuh sahaja jangan cuak cuak…

Kalau tertembak polis pula jawab sahaja tak sengaja…*hidup nekad mati muda*[/pullquote_left]Bukit Aman: Naib Presiden PKR, N Surendran hari ini mencuba mengenakan baju perisai polis sebagai persediaan untuk menyertai operasi polis. Bagaimanapun, beliau belum menandatangani perjanjian indemniti yang diperlukan oleh pihak polis lapor Malaysiakini.

Surendran, seorang peguam dan ahli parlimen PKR bagi Padang Serai, berkata terdapat bahagian dalam perjanjian itu yang perlu dibincangkan dengan penasihat undang-undangnya dan pemimpin parti itu.

Menurut penasihat undang-undangnya, R Sivarasa, indemniti itu, antara lain, membebaskan polis daripada tanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian, dan Surendran tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap kerajaan Malaysia, pihak polis, ketua polis negara, atau mana-mana pegawai yang terlibat dalam operasi itu.

Sivarasa berkata beliau telah menasihatkan Surendran supaya tidak menyertai operasi polis itu, manakala Surendren memberitahu media bahawa beliau masih bersedia untuk meneruskannya, tertakluk kepada perbincangannya dengan pemimpin parti dan penasihat undang-undangnya.

Katanya, beliau tidak meminta jaminan supaya tiada apa yang akan berlaku ke atas dirinya (dalam operasi itu).

Surendran berkata, ini kerana memang akan terdapat risiko apabila terlibat dalam operasi dengan suspek yang bersenjata.

Katanya, beliau tidak meminta sesuatu yang sangat tidak munasabah untuk memastikan supaya beliau tidak cedera, sambil menambah bahawa sedikit keraguan mereka ialah apabila pihak polis berkata mereka (polis) tidak boleh dipertanggungjawabkan jika apa-apa berlaku.

Itu, tegas Surendran, adalah satu cadangan yang berbeza sama sekali.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share