Artikel foto kredit Sinar Harian

SEBELUM ini, dia tidak pernah merasa sambutan ulang tahun, apatah lagi diberi pelbagai bentuk hadiah yang mewah.

Duit yang diperoleh daripada hasil titik peluh sebagai pengamen (penyanyi jalanan) di Kota Subang, Indonesia hanya cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan seharian keluarganya.

Apatah lagi, sepanjang tempoh 16 jam sehari, dari jam 4 pagi hingga 7 malam, pengemis cilik ini hanya memperoleh RM30 hingga RM40 sahaja.

Namun, pada ulang tahun kelahirannya yang ke 12, pada Rabu lalu,  penyanyi cilik, Tegar Septian, menerima hadiah di luar jangkaannya.

Ketika menjalani sesi fotografi Isnin lalu, Tegar yang popular dengan lagu, Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, memberitahu, dia turut menghadiahi ibu bapanya sebagai tanda penghargaan.

“Saya ada terima beberapa bentuk hadiah termasuk I Pad, alat muzik seperti piano, ukulele, keyboard, dan organ.

“Selain itu, saya turut membeli rumah untuk keluarga saya sebagai hadiah. Sebelum ini, memang hasrat saya untuk membeli rumah kepada mereka agar lebih selesa.

“Saya juga turut membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi (motorbike), untuk diri sendiri kerana sudah lama saya teringin untuk memilikinya,” katanya yang kini telah mengadakan lebih daripada 10 konsert di Indonesia.

Popular sekelip matategar konsert malaysia

Bukan sahaja di Indonesia, nama Tegar kini mula meniti di bibir peminat Malaysia. Malah, rata-rata mengagumi bakat dan ketabahannya dalam menjalani kehidupan sebagai pengemis jalanan.

Berjaya berkongsi pentas bersama penyanyi terkenal Indonesia seperti Noah dan Wali Band, jauh di sudut hati Tegar untuk berkolaborasi bersama kumpulan terkenal Malaysia, Slam.

Menurutnya, hampir kesemua lagu-lagu Slam berjaya dihafal dan sering dinyanyikan ketika mengemis dahulu.

“Saya memang minat Slam dan kumpulan itu amat terkenal di Indonesia. Lagunya juga bagus-bagus. Saya teringin nak berduet dengan kumpulan itu jika diberi peluang.

“Selain itu, saya juga mahu berduet dengan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Bagi bintang antarabangsa pula, saya meminati, Justin Bieber.

“Kalau berpeluang, saya mahu berkongsi pentas dengannya yang merupakan idola saya. Saya mahu berjaya sepertinya,” kata Tegar yang tidak putus-putus menunjukkan kebolehannya bermain magik daun terup.

Walaupun hanya berpeluang bersekolah sehingga Darjah 2 sahaja, Tegar kini berusaha ‘mengejar’ semula pembelajaran yang ditinggalnya hampir lima tahun itu.

“Saya menggunakan kaedah pembelajaran di rumah (homeschooling), kerana saya terikat dengan jadual persembahan. Jadi, kaedah ini lebih menyenangkan.alfas hermansyah

“Alhamdulillah, setakat ini, saya boleh mengikuti pembelajaran ini dengan mudah. Malah, saya turut diajar untuk mendalami Bahasa Inggeris,” katanya yang bakal mengadakan konsert pertama di Malaysia pada bulan November nanti.

Selain itu, Tegar juga kini memiliki album pertamanya, Tegar & Sahabat, yang memuatkan lima lagu termasuk lagu hitnya dan Rindu Ibu.

Merokok, hidu gam

Walaupun kehidupannya kini jauh berubah, namun akui Tegar, jiwa dan pendiriannya masih seperti dahulu.

“Hanya kehidupan sahaja yang berubah. Namun, tegar masih lagi Tegar yang dahulu. Tak akan meninggi diri dan mendabik dada.

“Kehidupan saya di jalanan memberi banyak pengajaran kepada saya dalam menempuh hari-hari mendatang. Walaupun saya mempunyai duit dan segalanya, namun saya tidak dimanjakan.

“Pengurus saya, Alfas Hermansyah, juga bertindak menguruskan kewangan dan membawa saya di tahap ini,” katanya yang dijumpai Alfas di Kota Subang, Julai lalu.

Kemerduan suara dan ketabahan Tegar yang mencari nafkah demi keluarganya dengan gesekan ukulele membuatkan Alfas tergerak hati untuk membawa Tegar ke pertandingan pencarian bakat, Telco.

Bercerita mengenai pengalaman lalu, Alfas mengakui Tegar turut terlibat dalam masalah sosial seperti merokok dan menghidu gam.

“Masalah ini adalah gejala biasa di kalangan pengamen cilik. Semasa menemui Tegar, saya meminta kebenaran keluarganya untuk membawa Tegar tinggal bersama.

“Ketika itu, dia juga tidak mengetahui sebarang perkara mengenai Islam. Saya bertanggungjawab untuk mengajarnya.

“Selama tiga bulan, saya berjaya membuang ketagihan Tegar dan kini dia sudah berubah dan berjaya menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa. Tiada lagi rokok dan gam.

“Saya kagum dengan Tegar kerana walaupun dia pernah ketinggalan dalam pelajaran, dia cepat belajar. Malah, dia juga mampu menghafal lirik dalam masa yang singkat,” katanya

Tegar Kehilangan Firman paling best…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE