Jarang-jarang berlaku, hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan bekas mentornya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pemberian kad pengenalan terhadap warga asing di Sabah.

Saya lihat laporan media, semuanya menyalahkan Dr Mahathir. Ini tidak betul.

“Sistemnya sudah beroperasi sejak sebelum beliau dan terus berlangsung selepas itu, Tetapi kita harus hentikannya,” kata Anwar merujuk kepada apa yang dikatakan sebagai “Projek IC”.

Anwar memberikan keterangan di hadapan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang asing Sabah di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini.

Bagaimanapun, tanpa menamakan bekas bosnya itu, Anwar yang berpakaian sut hitam dan kemeja putih, membidas Mahathir yang mendakwa tidak tahu tentang Projek IC.

Katanya, jika anda bercakap mengenai kira-kira 200 atau 5,000 orang (pendatang haram) yang datang ke sebuah bandar, maka beliau boleh menerimanya.

Tetapi, tegas Anwar, jika lebih 100,000 orang yang datang (ke Sabah) dan anda mengatakan tidak tahu, maka menurutnya, ia hanya menunjukkan yang anda benar-benar tidak cekap, tidak bertanggungjawab atau bersubahat dengannya.

 

Sumber Malaysiakini

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share