SINGAPURA – Projek Boeing bagi rantau Asia Pasifik akan terus menerajui dunia dalam tuntutan untuk mendapatkan ratusan ribu juruterbang baharu untuk syarikat penerbangan komersil, selain juruteknik penyelenggaraan untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat untuk penyerahan pesawat baharu dalam tempoh dua dekad akan datang lapor Bernama.

Unjuran Juruterbang dan Juruteknik Boeing 2013, yang mengunjurkan permintaan bagi petugas penerbangan, menyatakan syarikat-syarikat penerbangan komersil memerlukan 192,300 juruterbang baharu dan 215,300 juruteknik di rantau Asia Pasifik sehingga 2032.

Bob Bellitto, Pengarah Jualan Global, Perkhidmatan Penerbangan Boeing. berkata: “Wujud permintaan sebenar dan mendesak bagi syarikat-syarikat penerbangan dunia, khususnya di Asia Pasifik, untuk mendapatkan petugas yang kompeten.

“Walaupun Boeing melabur dalam teknologi canggih bagi menarik dan mengekalkan tenaga muda yang berminat dalam kerjaya penerbangan, ini (kekurangan pekerja) merupakan isu industri di seluruh dunia yang hanya boleh diselesaikan menerusi penyelesaian industri secara menyeluruh,” katanya pada taklimat media mengenai unjuran berkenaan di sini hari ini.

Mengetuai rantau ini dalam permintaan untuk juruterbang dan juruteknik baharu ialah China yang memerlukan 77,400 juruterbang dan 93,900 juruteknik, manakala Asia Tenggara – 48,100 juruterbang dan 50,300 juruteknik.

 

Baca lanjut Bernama News

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE