ISTANA NEGARA KUALA LUMPUR: Walaupun mungkin ada yang akan ketawa, namun bukan sedikit golongan yang percaya, mereka adalah golongan Pemuda Bani Tamim dan pembantu kepada Imam Mahdi yang merupakan konsep Ahuramazda yang dipercayai oleh Majusi yang diadaptasi ke dalam agama Syiah dengan bertopengkan Islam dengan putar belit dan pembohongan atas nama Nabi s.a.w.

Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara

Panji-panji hitam, terbit dari Timur, pemegang amanah ghaib, ada darah Nabi Sulaiman a.s sebelah bapa, darah keturunan Nabi Muhammad s.a.w sebelah ibu… itu antara dakwaan yang dibuat oleh lelaki yang mengaku menerima baiah dan ‘perintah’ Allah Taala terus dari langit!

Lelaki yang barangkali terlebih perasan itu mendakwa, dia telah mendapat kerjasama daripada Unit Risik, MKN, Cawangan Khas, bahkan Perdana Menteri Malaysia, Raja-Raja Melayu sehinggakan Pope di Vatican pun telah mengetahui tentang dirinya. Lebih menarik lagi, dia juga mendakwa Kiram II, kepala lanun Sulu turut mengiktirafnya. (RUJUK SINI)

Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara surat baiah

 

Mamat gila isim ini boleh ditemui di Surau Al-Falah, Apartment Kenari berdekatan Balai Bomba Taman Melati di tepi MRR2.

Hujung bulan Mei lalu, mamat isim ini bersama-sama kumpulannya telah cuba memasuki Istana Anak Bukit dengan membawa beberapa panji hitam selain mendakwa pewaris sah Empayar Nusantara Langkasuka yang meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina dan Selatan Thailand.

istana negara empayar lnusantara angkasuka

Hari ini, lebih kurang jam 4:10 pagi tadi, mereka berhimpun di hadapan Pintu 1 Istana Negara, Kuala Lumpur. Kumpulan tersebut terdiri seramai 8 orang lelaki dan 2 orang wanita berpakaian serba hitam serta menaiki 3 buah kenderaan.

Mereka mengaku sebagai Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke Istana Negara dengan tujuan untuk mengambilalih pentadbiran Istana Negara. Kononnya mereka pewaris Sultan Kedah yang sah.

Kesemua mereka telah ditangkap oleh polis dan dibawa ke Balai Polis Travers termasuklah kenderaan yang digunakan. Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang barang merbahaya atau senjata ditemui, kecuali 13 helai bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah kumpulan berkenaan.

Setiap kenderaan telah dipasang bendera berukuran 1 x 3 kaki bertulisan jawi khat Kalimah Tauhid.

Menariknya, 3 orang daripada mereka tidak mempunyai kad pengenalan. Kesemua mereka berasal dari beberapa buah negeri seperti Melaka, Perak, Kedah dan Johor.

Suspek yang di tahan adalah seperti berikut :
1. HASBUL JALIL B HASSAN
2. MOHD ZULKIFLE B HJ HAMIDI
3. ZULHILMI B. SARIMAN
4. AZHAR B. HAMIDI
5. MOHD HAZIQ HILMI B SALLEH
6. ABDUL HAFIZ B SULAIMAN
7. RAJA NOORAINI BT RAJA AHMAD
8. MADKAYA B ABDUL GAPUL

Sumber

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share