lawak politik nik aziz dan najib razak

Antara dua bapa ini atau ABU Abuya.. dalam dalam bahasa arab spt mana nama sahabat Nabi Abu Hurairah atau bapa kucing tetapi yg lebih utama ialah Bapa Kambing sebab hadis rasulullah sendiri mengutamakan kambing kerana setiap para nabi adalah pengembala kambing.

Apa pun kedua bapa ini sahabat dan teman seperjuangan meski lain platform..

Sebagai Perdana Menteri (PM) beliau pastinya sibuk….itu satu fakta yang kita tidak boleh nafikan…namun beliau juga manusia yang ada perasaan dan kasih sayang.

Percayakah…masa bersama kucing peliharaan beliau adalah antara masa yang paling beliau hargai…

Walaupun amat jarang berpeluang untuk bermain dan melayan karenah Kiki dan Tiger kerana kesibukan bertugas …namun kemesraan kedua haiwan itu terhadap beliau memang tidak boleh dinafikan.

Ketika wartawan Mynewshub menjejakkan kaki ke Sri Perdana baru-baru ini, kami berpeluang untuk melihat keceriaan yang begitu nyata di wajah Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau meluangkan masa yang singkat bersama kedua haiwan comel berkenaan.

Si ibu bernama Kiki manakala Tiger adalah anaknya.

Pagi itu, Kiki yang asalnya kelihatan garang dan kurang senang degan kehadiran ramai orang di Sri Perdana bertukar menjadi lembut dan senyap dalam dakapan Perdana Menteri.

Nyata Najib seorang yang penyayang sekali rupanya.

Dalam kita asyik memandang beliau dengan pandangan sama ada positif atau negatif, memandang beliau umpama mesin yang harus berkerja 24 jam sehari dan segelintir mengambil peluang memburukan beliau sepanjang masa….ramai terlupa beliau juga manusia yang menyayangi dan perlu disayangi…

Bertuah kiki dan Tiger…dua kucing yang mendapat kasih sayang seorang Perdana Menteri.

Teringat kami kisah Rasullah SAW yang begitu menyayangi kucing baginda bernama Muizza…

Pagi Bersama Najib, Kiki dan Tiger Di Seri Perdana …inilah kisah berkenaan peluang Mynewsub bertemu Najib dan melihat kemesraan beliau dengan Kiki dan Tiger yang beliau bela sejak kecil.

lawak politik majistret kambing
Jangan pening pening fikir pi..syampoo rambut – by ana ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share