KUALA LUMPUR 30 Mac: Masyarakat India marah pada Naib Presiden Perkasa,  Zulkifli Noordin ekoran kenyataan  menghina agama Hindu, kata Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Katanya, selaku ahli parlimen dan seorang peguam, Zulkifli tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung sensitiviti penganut agama lain.

“Saya rasa amat kecewa dengan kenyataan beliau. Dia bertanding di Kulim Bandar Baharu (pada 2008), atas tiket KEADILAN, sepatutnya tahu orang India pun ada undi dia. Kenyataan semacam ini tidak baik dan tidak sihat.

“Sebagai peguam sepatutnya beliau tahu tentang undang-undang, tak perlu cakap tentang sensitiviti perkauman. Sekarang semua masyarakat India pun marah dengan beliau,”  katanya ketika dihubungi.

Menyerahkan perkara itu kepada pihak polis, Manikavasagam turut menasihati Zulkifli agar memohon maaf kepada kaum India,  atas kenyataan tersebut.

Zulkifli dalam video yang dimuat naik ke dalam laman You Tube- dipercayai dalam satu majlis ceramah- mengeluarkan kenyataan menghina agama Hindu dan Tuhan sembahan mereka.

Dalam rakaman itu, beliau menceritakan perbualan dengan seorang peniaga kedai berhala Hindu di Kuala Lumpur, yang kedainya dilanda banjir dan berkata Tuhan bagi agama Hindu sendiri tidak mampu menyelamatkan bencana itu.

Semalam, Naib Presiden KEADILAN N Surendran menyelar kenyataan berkenaan, dan menggesa pihak berkuasa menyiasat Zulkifli di bawah kanun keseksaan.

Pada masa sama, Pengerusi Biro pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Ahmad Kassim menyifatkan kenyataan Zul Noordin itu sebagai jahil agama dan tidak selari dengan ajaran agama Islam.

Beliau merujuk kepada surah An Naam, ayat 108 yang melarang umat Islam menghina agama penganut agama lain- RM

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48667

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share