Kita kenali Sdr Iswardy Morni sebagai aktivis politik dan juga pengamal media sosial yang mempunyai ramai pengikut dari berbagai golongan serta peringkat. Anak muda Sarawak ini boleh dikatakan setiap hari, siang dan malam rajin bersiaran melalui live FB dengan membawa berbagai tajuk dan isu2 semasa.
Sesiapa yang rajin mengikuti siaran Live beliau sudah tentu tahu bahawa beliau adalah anak muda yang kritis tetapi komited dengan perjuangan reformasi. Tidak ramai anak muda terutamanya dari Sabah atau Sarawak yang mampu mengulas banyak isu nasional. Iswardy berjaya melakukannya.
Benar, tidak semua di antara kita sependapat dengan beliau di dalam beberapa isu tetapi secara umumnya apa yang beliau sentuh kesemuanya adalah untuk kebaikan PH khususnya Keadilan. Sedikit sebanyak mungkin ada yang tersentuh atau terasa hati terutamanya di kalangan pimpinan parti, tetapi kita mesti terima hakikat bahawa parti Keadilan ini parti yang bersedia untuk menerima kritikan atau teguran secara beradab walaupun kadangkala nampak keras.
Baru2 ini beliau terpaksa ke balai polis kerana terdapat laporan terhadapnya kononnya beliau mengumpul dana dengan menggunakan nama MPN Sarawak. Apa yang saya lihat dan saya faham, beliau sedang berusaha untuk mengumpul dana di atas inisiatifnya sendiri bersama teman2 bagi kegunaan kempen dan gerak kerja pilihanraya. Saya tidak pernah melihat atau mendengar beliau mengaitkan usahanya itu dengan MPN Sarawak. Dana itu disebut sebagai dana PRN Sarawak, bukannya MPN Sarawak. Maka, sepatutnya usaha beliau ini disokong malah wajar dibantu.
Akibat salah faham ini, ianya sedikit sebanyak menyusahkan beliau di samping mungkin mengakibatkan ada yang terkeliru. Untuk makluman, Iswardy bukan ahli dari MPN Sarawak dan tidak timbul beliau mempergunakan nama MPN. Malahan di dalam poster yang diviralkan itu pun tidak disebut langsung nama MPN.
Saya mengharapkan semua salah faham atau kekeliruan ini dapat diselesaikan. Kita patut menyokong sebarang usaha dari mana2 pihak yang mahu memperkukuhkan parti sekaligus memperkukuhkan PH. Semoga beliau terus berkarya dan beraksi di media sosial.
admin
Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *