KUALA LUMPUR: PAS menngingatkan Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor Ghani agar tidak bercakap yang boleh menampakkan beliau seperti seorang ketua cawangan Umno.

“En Mohd Nor Ghani jangan jadi seperti ketua cawangan Umno Tampoi untuk hendak membela dan membodek Umno.

“Apa masalahnya, guru juga seorang warga negara dan bebas untuk mengulas hal ehwal politik,” katanya AJK PAS Pusat Idris Ahmad.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohd Nor bahawa semua aktiviti guru dan guru besar di media sosial akan dipantau oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Mohd Nor juga berkata sebuah pasukan pemantau khas juga akan ditubuhkan untuk tujuan itu supaya tidak mengeluarkan kenyataan antikerajaan di Facebook bagi mengelakkan ia mempengaruhi pelajar.

Mengulas lanjut Idris berkata, sebagai seorang pengarah Mohd Nor sewajarnya memberi keutamaan kepada kebajikan guru dan bukan sibuk menjadi ‘pembodek Umno’.

Apatah lagi ujarnya, negara ini sebuah negara demokrasi di mana rakyatnya berhak menyatakan pandangan politik mereka.

“Amat malang guru-guru di Johor mempunyai seorang pengarah yang jumud dan tidak memahami geopolitik negara ini.

“Jika ada guru-guru yang menulis di dalam facebook yang berbentuk fitnah, hasutan, maka bolehlah diambil tindakan terhadap guru tersebut, bukan kerana mereka kritik kerajaan. Ini baru adil dan profesional,” katanya. HD

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share