[pullquote_left]Klik sini baca info lanjut dan beli tiket konsert thunder of the east 2013[/pullquote_left]KUALA LUMPUR 26 Jun – Penganjur konsert Thunder In The East 2013 terpaksa menunda acara tersebut yang dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka, Ahad ini berikutan keadaan jerebu yang masih serius.

Pengarah Clockwork Events, Shamil Yusof berkata, keputusan penangguhan itu terpaksa dibuat bagi menjamin kesihatan para penonton termasuk ahli-ahli kumpulan empat band rock Asia yang digabungkan dalam konsert tersebut.

“Keadaan yang tidak menentu akibat jerebu, selain cuaca panas dan kering boleh mengakibatkan para penonton dan ahli band terlibat sakit atau sebagainya.

“Oleh itu, pihak kami mengambil keputusan menangguhkan sehingga ada notis selanjutnya berkenaan konsert itu dikeluarkan walaupun sedikit-sebanyak menyebabkan kerugian,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam tadi.

Konsert yang bersejarah itu bakal menggabungkan kehebatan muzik heavy metal rock & roll era 80-an kumpulan Loudness dari Jepun, Search (Malaysia), Slank (Indonesia) dan Rusty Blade (Singapura).

Kata Shamil, pihaknya akan mempertimbangkan untuk meneruskan konsert berkenaan yang akan diadakan pada September ini di lokasi sama atau di stadium tertutup.

“Semua pembeli tiket tidak perlu risau, mereka dapat menyimpan tiket tersebut sehingga ada satu tarikh baharu konsert itu dikeluarkan. Kami tetap akan mengadakan konsert itu apabila keadaan kembali normal.

“Kesemua konsep dan atur cara konsert yang diumumkan sebelum ini masih sama termasuk bengkel gitar bersama Akira Takasaki yang bakal membawa seorang pemain gitar bernama Sakura, berusia 10 tahun,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share