Gambar lama Benjy sewaktu ditangkap tahun 2010. Tertekannya hidup menjadi artis harap doa yg terbaik untuk Benjy dan segera sembuh dan insaf. MRM

KUALA LUMPUR 26 Jun – Pelakon, Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pagi tadi atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.

Anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi tadi selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu. Lapor Utusan Malaysia

Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu esok di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.

“Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya,” katanya.

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share