Pada tahun 2000, wakil penduduk Penan telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasai Manusia SUHAKAM mengenai penderaan seksual kaum wanita mereka tanpa sebarang tindakan dari polis.

Tahun lepas sahaja didakwa sekurang-kurang 11 wanita Penan dirogol oleh pembalak di Baram. MRM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Rohani Abdul Karim bersedia bertemu sekumpulan NGO hak-hak sivil bagi membincangkan cadangan dalam laporan tentang serangan seksual terhadap wanita Penan di Sarawak pada 2009.kes rogol kaum penan sarawak

Dalam surat kepada Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) pada 21 Jun, ketua pengarah kementerian berkata, pertemuan itu akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau tidak menetapkan tarikh tepat.

Jawapan itu sebagai respon terhadap permintaan WAO bagi pihak 36 lagi NGO yang mahukan maklumat terkini berhubung cadangan pasukan petugas kementerian yang menyiasat dakwaan salah laku seksual terhadap wanita Penan oleh pembalak di Baram, Sarawak.

Pasukan petugas itu ditubuhkan pada 8 Oktober 2008 ekroan dakwaan oleh kumpulan NGO daripada dalam dan luar negeri.

Dalam laporan yang diterbitkan pada September 2009, terdapat lapan kes didokumenkan. Mangsa terlibat termasuklah pelajar sekolah dengan umur paling muda 10 tahun. Sumber Mkini

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share