KUALA LUMPUR 23 Dis: Perbuatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom menggunakan wang zakat, mengkhianati golongan asnaf yang sepatutnya menerima agihan wang berkenaan, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Ahmad Kassim.

Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan wang zakat berjumlah RM63,650 digunakan Jamil dan dua lain bagi menghalang kes qazaf yang di failkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

“Seleweng wang zakat ini bukti Menteri Umno dan dua yang lain menyalahgunakan kuasa mereka dan saya tegaskan firma guaman yang menerima wang zakat itu tidak termasuk dalam senarai yang sepatutnya menerima zakat,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom

Lapan golongan yang layak itu hanyalah fakir, miskin, Amil (mereka yang dilantik memungut zakat), Muallaf (Seseorang yang memeluk Islam, Riqab (orang yang tidak mempunyai kebebasan), Gharimin (penghutang muslim), Fisabillillah (pejuang Islam) dan Ibnus Sabil (musafir).

Katanya lagi, Jamil yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, sememangnya berniat menggunakan wang zakat demi kepentingan mereka dan tahu firma guaman yang dilantik itu tidak termasuk golongan yang layak menerima zakat.

Wang itu katanya, hanya dibayar semula selepas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima geran RM700,000 pada Jun 2010.

“Apabila Datuk Jamil guna wang zakat dan akan bayar balik seperti mana didedahkan dalam surat jawapan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) itu, maknanya mereka tahu bahawa guna wang zakat itu salah.

“Kalau sudah tahu, mengapa guna juga wang itu dan kita yakin kalau kita tidak dedah penyelewengan ini, belum tentu wang zakat itu dapat balik,” katanya dihubungi Keadilandaily.com

Jamil Khir khianati orang miskin, golongan layak terima zakat

SENARAI PANJANG KES JAMIL KHIR

BERITA BERKAITAN
Miliki rumah mewah, tapi guna wang zakat bayar peguam
Guna wang zakat bukti Jamil Khir tidak amanah – Izzah
KEADILAN cabar Jamil Khir bersih nama guna wang zakat
Jingga 13 mohon Agong pecat Jamil Khir jika tidak minta maaf
Menteri agama guna wang zakat bayar kos guaman
Jamil Khir, Pengarah Jawi guna RM32 ribu wang zakat biaya kos guaman
Seleweng zakat: Jamil Khir perlekeh kredibiliti Ketua Audit Negara
Rumah mewah: Jamil Khir perlu isytihar harta, bukan bersumpah
Dosa besar salahguna wang zakat- Bekas mufti Wilayah
Miliki rumah mewah, AMK gesa Jamil Khir perjelas

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share