Majlis pelancaran kereta Proton Exora Baharu 2019 – Foto NSTP

PROTON Holdings Berhad sebagai pengeluar kenderaan jenama Proton, hari ini, memperkenalkan Proton Exora Baharu 2019.

Selepas Iriz dan Persona kini giliran kenderaan pelbagai guna (MPV) Exora menerima sentuhan pembaharuan dengan konsep Intelligence That Moves.

Sejak dilancarkan pada 2009 MPV dalam segmen-C itu kini dengan pengendalian talaan terkini, kombinasi meter terbaharu, sirip antena jerung, fungsi pelayaran automatik dan sistem ketersambungan pintar dengan fungsi arahan suara Hi Proton!.

Mengekalkan enjin 1.6 liter turbo serta muatan kapasiti tujuh tempat duduk ergonomik dan ruang kargo 920 liter dengan kerusi penumpang dijatuhkan antara kelebihan MPV ini.

Turut hadir ketika majlis pelancaran ialah Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong dan Timbalannya Datuk Radzaif Mohamed.

Dua varian ditawarkan iaitu Premium 1.6T CVT pada harga RM66,800 dan Executive 1.6T CVT pada harga RM59,800 dengan lima tahun waranti atau 150,000 kilometer (km), pakej data dan kos buruh percuma.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share