Tokoh sejarawan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) – Foto Siakap Keli

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Sejarawan dan ahli akademik Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, 82, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, kira-kira 10.13 pagi tadi lapor BERNAMA.

Anak keduanya Rubin Khoo, 47, berkata ayahnya pernah membuat pembedahan pintasan pada Oktober tahun lepas dan keadaan kesihatannya merosot selepas pulang daripada rawatan.

“Walaupun begitu dia masih tabah sehingga akhir hayatnya. Kami sedang menguruskan hal ini dan akan memaklumkan hal pengebumian nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Khoo yang dilahirkan di Kampar, Perak meninggalkan isteri Puan Sri Rathi Khoo, 75, serta tiga orang anak, Eddin, Rubin dan Mavin.

Beliau juga merupakan salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Jason Lo nafi cabul anak, tuduh isteri cuci otak, polis siasat semula

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat keluarga diraja Johor

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Semua tentang Razak Baginda yang anggap Altantuya kes bunuh biasa?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share