Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa mungkin Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir terasa hati apabila tidak bersalaman dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim semasa majlis rasmi istiadat pengebumian Almarhum Sultan Ahmad Shah di Pekan, Pahang pada Khamis.

Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan, ia sekali gus bukan tanda Menteri Besar Kedah itu biadab mahupun berdendam dengan sesiapa.

“Janganlah hendak terasa hati dan mempertikaikan tindakan Mukhriz yang tidak bersalaman dengan TMJ dan Sultan Johor.

“Sekiranya saya jadi Mukhriz pun, kemungkinannya akan terasa hati sedemikian rupa.

“Inilah masalah dengan sesetengah orang yang sombong dan angkuh. Mereka boleh kurang ajar dengan orang tetapi orang lain kena hormat kepada mereka,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Astro Awani, pada Jumaat.

Beberapa pihak menyifatkan tindakan itu sebagai biadab dan turut menghilangkan etika keMelayuan bagaimanapun Mukhriz segera menulis surat memohon maaf kepada baginda Sultan Johor atas kekhilafannya.

Khairuddin dalam kenyataannya dipetik Astro Awani turut berkata, tiada pihak boleh mempertikaikan tindakan Mukhriz tersebut.

“Mana boleh begitu. Kalau kita tidak pandai menghormati orang lain, sudah pastilah orang lain pun tidak akan menghormati kita.

“Ini adalah resam manusia. Jangan mudah kecil hati tapi kita kena muhasabah diri terlebih dahulu.

“Moralnya, hidup dalam dunia ini kita kena sentiasa rendah diri serta tawaduk. Ikut resmi padi semakin berisi, semakin tunduk,” jelasnya.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Jason Lo nafi cabul anak, tuduh isteri cuci otak, polis siasat semula

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat keluarga diraja Johor

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Semua tentang Razak Baginda yang anggap Altantuya kes bunuh biasa?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share