Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertunang dengan Fitri Aprinasari Utami seorang ahli politik muda dari bekas parti pemerintah Indonesia Golkar pada 4 Mei lalu.

Majlis pertunangan Nazifuddin Najib, 32 tahun, dan Fitri Aprinasari Utami, 25 tahun, yang juga merupakan anak kepada ahli perniagaan Indonesia terkenal, Tommy Sumardi itu diadakan di sebuah hotel di Jakarta.

Kedua pasangan itu dikatakan merancang melangsungkan perkahwinan pada Disember ini.

Nazifuddin, adalah seorang daripada tiga anak Najib daripada hasil perkahwinan terdahulu dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.

Menurut laporan Free Malaysia Today, nama Tengku Puteri Zainah disebut bersama Najib dalam kad jemputan namun Najib dilaporkan tidak menghadiri majlis tersebut.

Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kini dalam senarai larangan keluar negara selepas tewas PRU14 dan mereka berdepan puluhan tuduhan rasuah, pengubahan wang haram, salahguna kuasa dan pecah amanah. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Semua tentang Razak Baginda yang anggap Altantuya kes bunuh biasa?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share