Amanah Kelantan menganggap tindakan PAS mengarahkan ahli-ahlinya tidak bercakap mengenai parti di media sosial adalah bagi menggelak lebih banyak rahsia terdedah, kata Ketua Pemuda Amanah negeri, Hazmi Hassan.

“Arahan itu juga untuk menyekat rahsia-rahsia yang kami dedahkan dahulu.

“Satu ketika dahulu kami pernah dituduh sebagai pengkhianat parti kerana membongkarkan aktiviti-aktiviti pimpinan atasan yang memakan dedak (menerima wang) Umno.

“Ada di kalangan kami ditolak dalam pemilihan Muktamar PAS dan dituduh mencipta fitnah,” katanya kepada Malaysiakini.

Hazmi berkata demikian sebagai mengulas arahan PAS melalui Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan yang menghalang ahli-ahli parti itu daripada membawa, membincangkan dan membahaskan sebarang isu melibatkan urusan parti melalui media termasuk media sosial.

PAS mengingatkan sebarang pandangan, pendapat, cadangan mahupun kritikan mesti disalurkan melalui saluran parti di pelbagai peringkat.

Arahan itu dibuat beberapa hari selepas pendedahan wujudnya “kartel dedak” oleh menantu presiden PAS, Zaharudin Muhammad.

Istilah ‘kartel dedak’ dipercayai merujuk kumpulan dalam PAS yang menerima dana daripada pihak tertentu.

Sehubungan itu, Hazmi berkata, pihaknya bersyukur melihat perkembangan terbaru berhubung pendedahan mengenai PAS.

Namun katanya, PAS kini menggunakan kuasa untuk menyekat rahsia buruk mereka daripada terdedah.

“Jadi saya cabar PAS untuk kenakan tindakan displin kepada Zaharudin jika dakwaannya tidak betul dan kami juga cabar Zaharudin untuk meneruskan pendedahan ini jika beliau di pihak yang benar, ” katanya. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share