Zahid Hamidi, Najib, Tengku Adnan, Shafee Abdullah dan Arul Kanda antara individu yang disekat keluar negara. – Foto Malay Mail

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, yang menghadapi 47 tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah (CBT) dan rasuah, gagal lagi untuk mendapatkan pasport bagi mengerjakan ibadah umrah.

Rayuan beliau diketepikan hari ini oleh Mahkamah Rayuan, susulan keputusan sebulat suara tiga hakim yang terdiri daripada Umi Kalthum Abdul Majid, Harmindar Singh Dhaliwal dan Stephen Chung Hian Guan.

Semasa menyampaikan keputusan itu, Hakim Umi Kalthum yang mengetuai kumpulan itu berkata, mahkamah berpuas hati bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat pertimbangan wajar dengan menolak permohonan perayu (Ahmad Zahid).

Ahmad Zahid, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Mei, tahun ini yang mengetepikan permohonan beliau bagi pemulangan sementara pasport beliau untuk mengerjakan umrah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah menyatakan bahawa walaupun ibadah mengerjakan umrah disarankan semasa bulan puasa namun ia bukanlah wajib.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang diberi peluang untuk bercakap di mahkamah berkata: “Saya berniat untuk menunaikan umrah atas sebab telah bernazar dan oleh kerana nazar wajib mengikut tuntutan agama Islam, saya mohon kepada mahkamah agar permohonan saya diizinkan atas dasar pegangan saya kepada agama Islam.” katanya.

Timbalan pendakwaraya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi membantah rayuan itu dengan berkata bahawa Ahmad Zahid menghadapi 47 pertuduhan yang serius.

“Bukan tujuan kerajaan ingin menghalang ibadah seseorang tetapi disebabkan tertuduh menghadapi tuduhan serius jadi harus dicegah daripada berlaku sesuatu di kemudian hari. Ini adalah tindakan pihak pendakwaan untuk mencegah daripada berlakunya perlanggaran syarat-syarat jaminan,” katanya.

Pada 19 Okt dan 14 Dis tahun lepas, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di atas 46 pertuduhan merangkumi 11 dakwaan CBT, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berjuta-juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pada 20 Feb lepas, beliau didakwa dengan satu lagi CBT membabitkan RM260,000 milik Yayasan Akalbudi.Mahkamah Tinggi menetapkan 18, 20, 21, 22 Nov dan 2, 3, 4, 5, 6, 9, 10, 11, 12 dan 13 Dis untuk perbicaraan. – Bernama – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share