Peguam Shafee Abdullah yang menhadapi pertuduhan pengubahan wang haram disekat ke luar negara. – Foto Malay Mail

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam Muhammad Shafee Abdullah yang menghadapi empat pertuduhan termasuk dua tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi mengendalikan kes jenayah di Australia.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar hujah daripada pendakwaan dan pembelaan bagi permohonan Muhammad Shafee, yang turut menghadapi dua tuduhan membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), didengar dihadapannya.

Beliau berkata surat bertarikh 13 Mei, 2019, meminta Muhammad Shafee ke negara itu hanya untuk membantu kes.

“Kehadiran pemohon (Muhammad Shafee) di tempat tahanan itu bertujuan untuk menterjemah ke dalam bahasa Melayu … beliau boleh menghantar wakil dari firmanya.

“Oleh itu, jelas sekali bahawa kehadiran pemohon hanya untuk membantu kerana telah ada peguam Australia,” katanya sambil menambah bahawa tidak ada alasan yang kukuh bagi Muhammad Shafee untuk berada di mahkamah di sana.

Sequerah berkata rasional arahan kepada pemohon supaya menyerahkan pasport ialah kerana seriusnya pertuduhan yang dihadapinya.

“Kemungkinan melarikan diri perlu diambil kira. Oleh itu permohonan untuk pelepasan sementara pasport ditolak,” katanya.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz, yang mengetuai pasukan pendakwaan, membantah permohonan itu atas alasan tiada sebab bagi Muhammad Shafee berada di mahkamah berkenaan memandangkan kes itu boleh dikendalikan wakilnya.

“Tertuduh perlu diperlakukan sama seperti tertuduh yang lain. Beliau tidak sepatutnya diberikan layanan istimewa hanya kerana menjadi anggota Badan Peguam Malaysia,” hujah beliau.

Pada 13 Sept tahun lepas, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melibatkan diri dengan pengubahan wang haram iaitu dengan menerima hasil daripada aktiviti haram, masing-masing berjumlah RM4.3 juta dan RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Mohd Najib Abd Razak yang dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Beliau juga minta dibicarakan atas dua pertuduhan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada akitiviti haram iaitu dengan membuat suatu penyata tidak betul kepada LHDN yang bertentangan dengan Perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014. – Bernama – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share