Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa rumahnya sekarang dipenuhi makanan susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melarang menteri, timbalan serta setiausaha politik menerima hadiah melebihi RM500.

“Tidak lagi dapat banyak hadiah, dahulu semasa saya jadi perdana menteri kali pertama, saya terima 26 buah kereta tetapi saya pulangkan dan ada antaranya saya letakkan di muzium (Galeri Perdana di) Langkawi.

“Kita boleh terima adalah makanan dan bunga. Sekarang ini makanan dan bunga banyak di rumah saya.

“Mereka mahu hantar kepada saya satu tan dodol. Mereka hantar banyak sangat jadi saya terpaksa agihkan semula.

“Saya tidak tahu sama ada ini rasuah atau tidak,” katanya sambil bergurau pada sidang media di bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.

Pada sidang akhbar yang sama Dr Mahathir mengumumkan Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) mencadangkan skop Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) termasuk pengisytiharan harta dimasukkan dalam petunjuk prestasi utama (KPI) menteri.

Beliau berkata semua menteri juga harus memastikan anggota pentadbiran di bawah kementerian masing-masing mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Semua menteri dan timbalan menteri, dan kita juga akan panjangkan kepada semua anggota parlimen walaupun mereka dalam parti lawan,” katanya.

Dr Mahathir dalam masa yang sama berkata pembangkang juga perlu mengisytiharkan harta mereka sebagai “bayaran” kepada keterbukaan kerajaan mendengar kritikan daripada pihak pembangkang.

“Pembangkang mempunyai sedikit kuasa, umpamanya mereka mempunyai kuasa untuk mengkritik kerajaan, ia bayaran untuk itu. Mereka juga perlu isytiharkan aset,” katanya.

Dr Mahathir turut tidak menolak kemungkinan pengisytiharan harta turut akan melibatkan ahli-ahli keluarga menteri, timbalan menteri dan ahli-ahli Parlimen. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share