Kerajaan dan Polis fail saman perlucuthakan atau penyitaan harta bekas Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor berjumlah RM711 juta. — Foto The Malay Mail

Kerajaan dan pihak Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan undang-undang melucutuhak kenderaan, barangan kemas dan mewah serta lain-lain milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor

Barangan tersebut adalah yang dirampas dalam satu serbuan pihak polis di rumah dikaitkan dengan Najib dan Rosmah pada tahun lalu yang sebahagiannya dipercayai bersumber dari dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

The Edge Markets melaporkan dua notis permohonan sita diserahkan kepada Mahkamah Tinggi semalam, bagi melucuthak harta Najib dan Rosmah yang didakwa daripada dana 1MDB.

Notis pertama merujuk kepada harta di Lembah Klang yang tidak dinamakan seperti barangan kemas, beg tangan, jam dan kaca mata bernilai lebih RM680 juta.

Notis kedua adalah bagi merampas 27 kenderaan mewah, jam tangan, beg, dan wang yang disimpan dalam 29 akaun bank dengan anggaran nilai lebih RM31 juta.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share