Empat lelaki termasuk seorang doktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Seremban hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga asing, bulan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan oleh Dr Dharma Danny Ferns, 32; seorang penjual ikan yang juga penjaga lembu, P. Vengadesvaran, 31; pengurus pemasaran, R.S.

Sathya Deepan, 30, dan peniaga Mohd Hafiz Abdul Kadar, 33, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mahyun Yusof.

Keempat-empat tertuduh hanya mengangguk tanda faham sebaik pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, mereka atas niat bersama telah melakukan perbuatan membunuh warga asing A. Angu di kawasan kandang lembu berhampiran Jalan Dawn 1, Taman Dawn Seremban, pada 9 malam hingga 10.30 malam, 16 Mac lepas.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mas Syafiqah Mahroob manakala tertuduh, Sathya Deepan dan Mohd Hafiz diwakili peguam Paul Krishnaraja, Dharma Danny diwakili P. Yugan manakala Vengadesvaran tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 10 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – Bernama – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share