Bekas menteri undang-undang Datuk  Zaid Ibrahim mendakwa Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ialah seorang pemuda yang gemar memberikan pendapat baginda walaupun mungkin salah atau tidak terkawal, namun tidak menjejaskan negara.

“Kenapa perlu untuk memalukan baginda dan keluarganya?” soal Zaid dalam status di Twitter beliau hari ini.

Zaid turut berkata bahawa ahli politik yang cemerlang dalam ‘pertempuran jalanan’ dan biasa dengan ‘politik longkang’ sepatutnya menyasarkan kepakaran mereka terhadap pembangkang.

“Istana tidak berhak menerima layanan yang sama,” tegasnya.

Kenyataan Zaid ini selepas kritikan terbaru Perdana Menteri Dr Mahathir terhadap Tunku Ismail dalam satu wawancara bila mengumpamakan pewaris takhta itu sebagai seorang ‘budak bodoh’.

Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Tunku Ismail bahawa sumbangan ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar seperti memberi tanah kepada rakyat dan kerajaan tidak ditimbulkan.

TMJ membuat kenyataan itu susulan laporan media mengenai sebidang tanah di Bukit Chagar yang dirancang untuk projek Sistem Transit Aliran Johor-Singapura (RTS) yang dikatakan ditukar milik atas nama Sultan Johor.

Bagaimanapun, Sultan Ibrahim bertitah baginda sedia menyerahkan kembali tanah tersebut tanpa kos.

Kemudian, penasihat media dan komunikasi kepada perdana menteri, A Kadir Jasin menggesa Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dan LHDN menyiasat syarikat yang dikaitkan dengan keluarga istana Johor. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share