Pemimpin Umno Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette didakwa rasuah membabitkan Felcra oleh SPRM. – Foto Astro Awani

oleh Shahbudin Husin

Selepas Najib Razak, Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor, Abdul Azeez Rahim, Isa Samad dan beberapa yang lain yang telah didakwa di mahkamah, kini giliran Bung Moktar Radin menerima nasib yang sama.

Beliau bersama isterinya, Zizie Ezzette ditahan SPRM kemudian didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur minggu lalu.

Bung Moktar yang merupakan Ahli Parlimen Sabah dan bekas Pengerusi Felcra didakwa berkaitan salah laku yang membabitkannya ketika menerajui agensi tersebut dan isterinya dipercayai bersubahat menerima manfaat daripada salah lakunya.

Kes beliau ini telah lama disiasat sebelum ini, tetapi tiada sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Ketika sebahagian besar pemimpin UMNO Sabah mengumumkan keluar parti secara beramai-ramai untuk menyertai Bersatu, Bung Moktar adalah antara yang masih kekal bersama UMNO, lalu kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah menggantikan Hajiji Haji Nor.

Berikutan pertukaran kerajaan pada 9 Mei, sederetan pemimpin UMNO telah didakwa di mahkamah berkaitan salah laku yang dilakukan ketika berkuasa dahulu.

Bekas PM, bekas TPM, bekas menteri, bekas pengerusi agensi kerajaan, malah bekas pegawai khas menteri sekali pun tidak terlepas daripada tindakan dan seolah-olah hanya menunggu giliran saja.

Apakah ada lagi pemimpin UMNO, bekas menteri dan bekas pengerusi agensi kerajaan akan turut didakwa tidak lama selepas ini?

Adakah terdapat pemimpin UMNO lain yang sudah terasa “demam-demam panas” ketika ini?

Atau dengan ini ada di antara mereka yang mula terfikir untuk cepat-cepat “melompat parti” bagi menyelamatkan diri?  – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share