Malaysia sudah menerima pemindahan pertama dana  1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak AS$57 juta (RM236 juta) dari Amerika Syarikat (AS) yang disita daripada Red Granite Pictures.

Red Granite Pictures adalah syarikat pembikinan filem berpangkalan di AS yang dikaitkan dengan Riza Aziz yang merupakan anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Negara, Tommy Thomas dalam satu kenyataan berkata, pembayaran pertama dana itu diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1MDB di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan AS (DOJ).

“Pemindahan pertama dana yang dipulangkan sebanyak AS$57,036,688.68 dikreditkan ke dalam akaun pemulihan aset 1MDB, sebuah akaun amanah yang dibuka secara khusus untuk tujuan ini.

“Dana itu turut diperoleh susulan penyelesaian sebanyak AS$60 juta (RM249 juta) yang direkodkan di Mahkamah California, baru-baru ini,” katanya.

Riza adalah Ketua Eksekutif Red Granite Pictures dan menerbitkan filem Hollywood ‘Wolf Wall Street’ yang disaman DOJ bagi tujuan memulangkan AS$1 bilion dana didakwa disalahgunakan berasal dari 1MDB.

Thomas berkata, sejumlah AS$3 juta (RM12.45 juta) ditolak untuk membayar semula kos dibelanjakan DOJ dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat, menyita, membicarakan dan mencapai peyelesaian bagi dana Red Granite Pictures.

Katanya, kos ini termasuk yang dibelanjakan DOJ dan FBI untuk menyiasat, menyita dan memelihara kapal layar mewah, Equanimity ketika kapal terbabit ditahan di perairan Indonesia sebelum dibawa ke perairan negara ini.

“DOJ kini juga dalam proses menghantar pulang sejumlah AS$139 juta (RM576.85 juta) wang yang diperoleh hasil daripada jualan kepentingan milik Jho Low dalam Hotel Park Lane di Manhattan, New York,” katanya.

Malaysia setakat ini berjaya mendapatkan semula dana berjumlah AS$322 juta (RM1.3 bilion) nilaian daripada aset sejak siasatan dan tindakan intensif ke atas 1MDB dilakukan selepas PRU14.

Malaysia juga bakal menerima SGD50 juta (RM152.5 juta) daripada dana berkaitan dengan 1MDB menerusi keputusan Mahkamah di Singapura.

Tun Dr Mahathir pula mengatakan masih banyak lagi wang yang hilang dari diperolehi semula dan Malaysia akan terus memburu Jho Low. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari NajibMajalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share