Sisters in Islam menuduh PAS melampaui batas kerana amaran parti itu tentang nasib seperti minoriti Uighur di China menanti orang Melayu sekiranya orang bukan Islam dibenarkan mentadbir negara.

“Dakwaan itu tidak berasas sama sekali, malah bercanggah dengan ajaran Islam mengenai kehidupan bersama yang aman dan harmoni dengan budaya dan agama lain,” kata SIS dalam kenyataannya yang dilapor Free Malaysia Today hari ini.

SIS merujuk artikel yang memetik ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Mokhtar Senik, yang menyebut di laman Facebook bahawa orang Islam di China dilarang berpuasa dan mengamalkan agama mereka.

“Moga saudara saya di Malaysia mengambil iktibar. Begitulah nasib kita jika negara ini diserahkan kuasa politik kepada orang kafir. Tak kira apa jenis kafir mereka itu,” katanya dipetik Malaysiakini.

SIS berkata, sikap paranoid dan delusi PAS berpunca daripada rasa tidak selamat politik dan cuba mencetuskan ketegangan kaum serta rasa saling tidak percaya dalam kalangan rakyat Malaysia yang memilih untuk hidup dalam negara yang majmuk, inkluisf dan progresif.

“Ini jelas daripada tafsiran berat sebelah dan keliru PAS mengenai ICERD, Statut Rom dan dakwaan bahawa kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim adalah petanda terhakisnya hak orang Melayu di negara ini.

“Penegasan tidak berasas PAS bahawa perlembagaan persekutuan terancam dan orang bukan Islam mahu menghapuskan Islam di Malaysia adalah bukti percubaan mereka menggunakan agama untuk matlamat politik.

“Melaga-lagakan sesama rakyat Malaysia bukan sahaja merosakkan warisan kaum dan budaya kita yang kaya, tetapi juga menghalang kemajuan ekonomi yang seharusnya menjadi keutamaan semua ahli politik berikutan keadaan kewangan yang kita warisi daripada kerajaan sebelum ini.

SIS menggesa PAS menghentikan agenda yang dengan sengaja menyemai rasa takut dan mengapi-apikan kebencian kaum dan agama dalam kalangan rakyat.

“Islam adalah agama keamanan dan kasih sayang yang menghormati semua budaya, dan tidak membenarkan rasa syak wasangka serta diskriminasi semata-mata atas asas kaum,” katanya.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share