Najib memohon menggugurkan Sri Ram sebagai pendakwa fiat untuk 25 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dalam pemindahan wang 1MDB ke akaunnya. – Foto FMT

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan peguam kanan Gopal Sri Ram boleh terus mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes 1MDB melibatkan Najib Razak.

Hakim Zabariah Mohd Yusof, dalam mempengerusikan panel hakim, memutuskan rayuan bekas perdana menteri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengetepikan permohonannya menggugurkan Sri Ram sebagai tiada merit.

“Perayu (Najib) mendakwa Sri Ram terlibat dalam proses penyiasatan 1MDB dan perlu digugurkan.

“Bagaimanapun, Sri Ram dalam afidavitnya menafikan dia terlibat dalam siasatan itu dan dia dilantik oleh peguam negara untuk mengetuai pendakwaan 1MDB pada 31 Ogos 2018,” katanya sewaktu menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah.

Zabariah berkata, tiada bukti menunjukkan Sri Ram yang juga bekas hakim, bias terhadap Najib dalam proses pendakwaan.

“Beban itu adalah pada perayu (Najib) untuk menunjukkan bukti dan bukan tuduhan kosong,” katanya.

Beliau merujuk kepada aduan Najib terhadap tindakan Sri Ram membantah jaminan pada 20 September lalu apabila Najib didakwa di Mahkamah Sesyen atas 25 pertuduhan melibatkan rasuah dan pengubahan wang haram dalam pemindahan wang 1MDB ke akaunnya.

Panel itu juga tidak bersetuju Najib akan dibenarkan melalui perbicaraan yang adil jika beliau tidak dapat melihat surat pelantikan Sri Ram sebagai pendakwa fiat dalam kes 1MDB.

Peguam Najib, Shafee Abdullah berkata, kumpulan pembelaan akan merayu terhadap keputusan hari ini dan mendapatkan korum 7 hakim untuk mendengar rayuan tersebut.

Perbicaraan kes 1MDB akan bermula 19 Ogos hingga November 14.

Mac lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk menggugurkan Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kes 1MDB.

Collin Lawrence Sequerah, hakim kes tersebut berkata, tiada bukti menunjukkan Sri Ram berlaku bias sebagai timbalan pendakwa raya dan Najib tiada hak menuntut Sri Ram menunjukkan surat pelantikannya sebagai pendakwa fiat dan surat tersebut di bawah Akta Rahsia Rasmi. –

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

DIKEMASKINI: Bung Moktar rasuah RM2.8 juta Felcra, Zizie bersubahat

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share