Mekanik didenda menghina polis dengan menulis perkataan lucah di bahagian tandatangan pada kertas saman trafik. — Foto Kosmo! Online

SEREMBAN, 3 Mei — Seorang mekanik didenda berjumlah RM8,000 oleh Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu menulis perkataan lucah pada kertas saman dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, bulan lepas.

Tertuduh, Nor Exzuan Nor Hashimy, 35, mengaku bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan masing-masing di hadapan Majistret Mahyun Yusof dan V. Vanita.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mengaibkan kehormatan anggota polis Lans Koperal Mohd Firdaus Adnan dengan menulis perkataan lucah di bahagian tandatangan pada kertas saman di tepi jalan Persiaran Senawang 1, pukul 2.10 pagi pada 28 April lepas.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Nor Exzuan didakwa menghalang Mohd Firdaus menjalankan tugas di lokasi sama pada masa dan tarikh sama, dan dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahyun kemudian menjatuhi hukuman denda RM4,500 atau penjara lapan bulan manakala bagi pertuduhan kedua, Vanita menjatuhi hukuman denda RM3,500 atau penjara empat bulan.  — Bernama – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Bung Moktar didakwa rasuah RM2.8 juta Felcra, Zizie bersubahat, bebas ikat jamin 100 ribu

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share