Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan IPCM bukan untuk menghukum polis. – Foto FMT

PUTRAJAYA: Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bukan untuk menghukum anggota polis, kata Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, tanggapan kononnya polis akan menjadi sasaran selepas penubuhan suruhanjaya itu adalah tidak benar.

“Masih ada perkara yang belum lagi diperjelas, terutama mereka (polis) andaikan bahawa dengan adanya IPCMC polis akan jadi sasaran.

“…(Kononnya) polis lakukan banyak kesalahan, maka dengan tertubuh IPCMC, seolah-olah ‘to punish’ them… itu tidak betul,” katanya dalam wawancara bersama media sempena ulang tahun pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkaitan kementeriannya, di sini.

Muhyiddin berkata, beliau meminta kerjasama ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Abu Kassim Mohamed untuk mengadakan sesi penerangan khusus dengan polis.

“(Melalui sesi itu) polis boleh jelaskan isu berbangkit yang mungkin mereka tidak puas hati dan perkara itu akan dibawa ke (pengetahuan) jemaah menteri.

“Mungkin soal menggubal undang-undang berkaitan perlu kita lakukan selepas itu,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata, polis akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bagi mengemukakan bantahan berhubung beberapa perkara membabitkan penubuhan IPCMC.

Mohamad Fuzi, yang bersara hari ini, berkata antara perkara yang diusulkan berhubung penubuhan IPCMC, terutamanya menarik kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) di bawah Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, mendapat bantahan banyak pihak dalam pasukan polis.

Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan mengatakan SPP yang dianggotai menteri dalam negeri akan bertanggungjawab atas pelantikan, promosi dan semua isu mengenai tatatertib pegawai polis. – Bernama – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Bung Moktar didakwa rasuah RM2.8 juta Felcra, Zizie bersubahat, bebas ikat jamin 100 ribu

KLIK BACA: Zahid gagal pergi umrah, mahkamah tolak serah pasport

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share