Seorang kerani berusia 36 tahun ditangkap polis kerana disyaki mengugut mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin, dalam satu rakaman video di WhatsApp.

Ketua Polis Perlis Noor Mushar Mohd berkata, lelaki itu ditangkap di pangsapuri Batu Uban, di sini, jam 12.30 pagi tadi oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Padang Besar, Perlis.

Noor Mushar dilapor FMT berkata, Asri menerima satu mesej daripada pemilik akaun Facebook bernama “Sandev Sandev” yang mengancam untuk memukulnya sehingga parah.

Polis mendapat perintah reman 4 hari ke atas lelaki itu hingga 6 Mei untuk disiasat kerana ugutan jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan juga salah guna khidmat internet di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia, 1998.

Lelaki itu disyaki membuat rakaman video menggunakan perkataan yang menghina dan mengancam untuk berlawan dengan Asri malah suspek memberi nombor telefon bimbitnya dan mencabar Asri menghubunginya.

Asri membuat laporan di Balai Polis Padang Besar kerana bimbang keselamatan diri serta keluarganya.selepas menerima mesej berbaur ancaman dan ugutan itu Rabu lalu. – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Bung Moktar didakwa rasuah RM2.8 juta Felcra, Zizie bersubahat, bebas ikat jamin 100 ribu

KLIK BACA: Zahid gagal pergi umrah, mahkamah tolak serah pasport

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share