Abdul Aziz Yassin menafikan adiknya Muhyiddin Yassin mahu menjadi Perdana Menteri dan menjatuhkan Tun Dr Mahathir. – Foto Malaysiakini

oleh Shahbudin Husin

Berikutan rasa tidak puas Tun Mahathir Mohamad terhadap perlantikan Exco Johor baru-baru ini sehingga menyebabkan beliau mahu meletakkan jawatan, nama Muhyiddin Yassin segera dikaitkan sebagai punca segala-galanya.

Ia kerana beliaulah bersama Menteri Besar Johor, Dr. Shahruddin Jamal yang dipanggil mengadap Sultan Johor sehari sebelum dua nama Exco baru itu diumumkan.

Dalam hal ini, Muhyiddin didakwa telah membelakangkan Tun Mahathir kerana setuju dengan perlantikan dua Exco baru itu sedangkan Bersatu dan kabinet telah membuat keputusan tiada sebarang perubahan pada barisan Exco Johor.

Itulah yang menyebabkan Tun Mahathir segera memanggil mesyuarat khas pada Isnin malam lalu untuk mendapatkan penjelasan daripada Muhyiddin.

Antara dakwaan yang berlegar ialah Muhyiddin didakwa sengaja berbuat demikian dengan tujuan memberi tekanan dan seterusnya untuk menjatuhkan Tun Mahathir.

Di waktu yang sama, ada pula kumpulan lain yang mahu Muhyiddin dijatuhkan dalam pemilihan Bersatu pada hujung tahun ini.

Benarkah semua dakwaan itu?

Abang Muhyiddin, Aziz Yassin yang juga merupakan Ahli MPT Bersatu ketika diajukan persoalan tersebut, dengan pantas menafikannya.

Kata beliau, tidak munasabah Muhyiddin mahu menjatuhkan Tun Mahathir, sedangkan Presiden Bersatu itu sendiri yang mula-mula menonjolkan Pengerusi PH itu sebagai calon Perdana Menteri sekiranya BN dapat ditumbangkan pada PRU14.

“Kalau Muhyiddin yang mula-mula menaikkan Tun Mahathir, di mana logiknya beliau mahu menjatuhkannya pula?” soal Aziz.

Lagi pun, tambah beliau, apa faedah dan manfaatnya untuk Muhyiddin menjatuhkan Tun Mahathir, walhal adiknya itu bukan boleh menggantikan Tun Mahathir pun sebagai Perdana Menteri.

“Semua dakwaan dan cakap-cakap itu adalah karut belaka,” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, Aziz yang merupakan bekas Ahli Parlimen Muar turut mengimbas sejarah bahawa beliaulah yang mula-mula mencadangkan agar Tun Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Bersatu.

Menurut Aziz, pencalonan Tun Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu dan calon Perdana Menteri PH adalah kerana beliau dan Muhyiddin mempunyai penuh keyakinan terhadap ketokohan dan kemampuannya untuk menumbangkan Najib Razak, UMNO dan BN pada PRU14 lalu.

“Itu sejarahnya dan berdasarkan semua itu, tidak ada kebenaran sama sekali dengan dakwaan bahawa Tun Mahathir mahu dijatuhkan oleh Muhyiddin,” ujar Aziz seterusnya. – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Jika Muhyiddin jantan undur diri BERSATU tak goyang – Tamrin Tun Ghaffar Baba

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share