Fathia Latiff tidak lagi bertudung dan kini berambut pendek ala tomboy. — Foto Media Hiburan

Penceramah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menasihatkan pelakon wanita jelita Fathia Latiff yang tidak lagi bertudung agar “tidak melawan perintah Allah” lapor Malay Mail.

Ustaz PAS itu juga meminta pelakon Darah Panas supaya tidak berasa “hebat dengan kemaksiatan” dan meminta artis tersebut supaya “sembunyikanlah kemaksiatan”.

“Saya ingin menasihati semua kita, jangan berbangga dengan maksiat!!!!” kata timbalan ketua Dewan Ulama PAS Selangor di Facebook.

Ahmad Dusuki berkata Fathia, 32, tidak sepatutnya menghebohkan tindakan tidak bertudung dan “berbangga” dengan potongan rambut pendek.

“Allah tidak pernah menganugerah ketenangan dan kebahagian dari kemaksiatan,” katanya seakan-akan menjawab kenyataan Fathia yang gembira sejak tidak lagi bertudung.

Ustaz Ahmad Dusuki Rani

Fathia atau nama sebenar Nur Fathia Latiff, 32, mengakui “bertudung bukan kerana Allah” dan sepanjang bertudung hidupnya berdepan banyak cabaran dan mengalami kemurungan.

Beliau yang rambut pendek mengakui hidupnya lebih gembira dan bebas tanpa tudung.

Untuk makluman bertudung adalah antara perintah Allah di dalam Al-Quran surah An-Nur.

Firman Allah: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;

…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;

…dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. – (An-Nuur 24:31)

Susunan – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Najib mangsa dikelirukan oleh Jho Low, pegawai bank, kata Shafee

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share