Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mahu meletak jawatan kerana tidak berpuas hati rombakan exco Johor oleh Menteri Besar Sahruddin Jamal. – Foto The Malaysian Insight

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan marah dan terfikir mahu meletak jawatan semasa mesyuarat kecemasan majlis tertinggi BERSATU pada malam Isnin lalu kerana tidak bersetuju dengan rombakan majlis eksekutif exco kerajaan negeri Johor.

“Beliau begitu kecewa dan terkejut kerana menteri besar baru (Dr Sahruddin Jamal) tidak mematuhi nasihatnya untuk mengekalkan barisan exco,” kata sumber Malaysiakini.

Menurut sumber, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga ketua Pemuda Bersatu, berjaya meyakinkan Mahathir supaya tidak melepaskan jawatannya.

Mahathir pada mesyuarat itu memberitahu bahawa beliau begitu kecewa  apabila tiga ahli exco baru mengangkat sumpah jawatan dan bercadang mahu melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Anggota majlis tertinggi yang lain kemudian meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keingkaran menteri besar itu.

“Bagaimanapun, semasa mesyuarat baru bermula, Mahathir kembali tenang,” kata sumber Malaysiakini tersebut.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata menteri besar baru mungkin tunduk terhadap desakan sultan selepas berunding dengan presiden Bersatu dan pemimpin Bersatu Johor, Muhyiddin Yassin.

“Muhyiddin memberitahu mesyuarat bahawa semasa kejaddian itu, beliau berada di luar negara untuk mendapatkan rawatan perubatan dan tidak menyedari keputusan parti itu.

“Jadi bila Dr Sahrudin tanya Tan Sri (Muhyiddin), Tan Sri pun cakaplah, ‘sebagai MB, kamu patut bekerja dengan orang yang kamu selesa’, itu je,” kata sumber itu.

Sumber itu mendakwa bahawa apa yang berlaku adalah kes salah faham dan Muhyiddin telah memohon maaf kepada Mahathir dan menjelaskan peristiwa yang membawa kepada rombakan exco tersebut.

Pada 13 April lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilaporkan bertitah bahawa menteri besar baru yang menggantikan Osman Sapian, yang meletak jawatan selepas 11 bulan menerajui negeri itu perlu juga merombak barisan exco.

Mahathir yang sering tidak sefahaman dengan istana Johor dilaporkan berkata, Sultan tidak mempunyai pengaruh dalam perkara berkenaan dan sekiranya Raja-raja dianggap memiliki kuasa untuk memilih perdana menteri dan menteri besar, Malaysia tidak boleh lagi dikira sebagai negara demokrasi.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Najib jadi mangsa dikelirukan oleh Jho Low, pegawai bank, kata Shafee

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share