Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub memaklumkan sebuah syarikat tempatan berminat membeli dan mengambil alih syarikat National Feedlot Corporation (NFC) bagi membangunkan semula projek ternakan lembu yang gagal ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional [BN]

Salahuddin Ayub berkata, beberapa rudingan telah diadakan dengan pihak tersebut bagaimanapun menurutnya, NFC hanya boleh dijual sekiranya syarikat itu bersetuju membayar pinjaman yang telah dibuat sebanyak RM250 juta kepada Kementerian Kewangan.

“Jika syarikat yang mengambil alih NFC itu berjaya untuk memulangkan kembali pinjaman itu kepada MOF, bagi saya itu sudah cukup bagus.

“Sudah tentu dengan pelaburan yang begitu besar, saya yakin syarikat baru ini akan dapat membina kembali projek ruminan berkenaan,” kata Salahuddin semasa wawancara bersama pemberita di Menara Lembaga Petubuhan Pelandang (LPP) di Kuala Lumpur, semalam.

Untuk rekod, NFC ditubuhkan untuk membangunkan industri daging lembu terancang, bersepadu dan mampan bagi meningkatkan bekalan daging tempatam.

Kontroversi tercetus apabila Pengerusi Eksekutifnya Dr Mohamad Salleh Ismail yang merupakan suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disiasat dan didakwa atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai keseluruhan RM49.7 juta.

Bagaimanapun mahkamah kemudian melepaskan dan membebaskan Mohamad Salleh daripada semua pertuduhan jenayah pada 25 November 2015.

Tahun lalu, Salahuddin berkata Kementerian Pertanian akan menjenamakan semula NFC dan menyegerakan projek itu dalam usaha kerajaan meningkatkan penghasilan daging tempatan sebanyak 30 peratus bagi mengurangkan kebergantungan terhadap daging import. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share