Ahli-ahli Pas digesa patuh arahan pemimpin tanpa banyak soal khususnya dari presiden mereka Hadi Awang. – Foto MalaysiaDateline

Kedudukan pimpinan dan penyokong jauh berbeza terutama dalam aspek pemikiran ibarat seorang duduk di atas tanah berbanding pemimpin duduk di atas pokok, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Pimpinan dengan kita ibarat kita duduk atas tanah, pimpinan di atas pokok. Mana luas pandangan antara duduk di bawah dan di atas?.

“Mudah saja, kita yang duduk di bawah ini kita nampak apa yang ada di depan mata. Tapi kalau ada hutan, di sebaliknya tidak tak tahu ada apa. Kita nampak hutan saja, tapi bila pimpinan duduk atas, dia boleh nampak ada yang ada di sebalik hutan.

“Sebab itu kita kena taruh kepercayaan kepada pimpinan. Kita tengok hutan tapi kita tak nampak harimau, kita tak nampak orang tengah buang air. Tetapi presiden duduk di atas dia nampak.

“Sebab itu kalau dia kata (suruh) lari, kita jangan buat tolol persoal kenapa nak hungga (lari), dimakan harimau kita nanti.

“Sebab itu bila dia kata lari, terus lari tak payah banyak soal. Selepas itu baru intai semula,” kata Mohd Amar seperti dilapor Malaysiakini ketika berucap merasmikan Mesuarat Agung Tahunan Ke-58 PAS Kawasan Tanah Merah, Kelantan.

Menurut Amar, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi adalah seorang pemimpin berpengetahuan luas dan penuh informasi yang kadang tidak terfikir orang lain.

“Ambo (saya) sebab duduk di Pas pusat banyak tahun. Hubungan ambo dengan presiden mungkin lebih (rapat) berbanding tuan-puan yang duduk dalam kawasan.

“Dia ini [Hadi] betul-betul kepentingannya maslahah Islamiyah, itu nombor satu. Presiden kita ini pula maklumatnya banyak, ambo berani kata tok guru presiden maklumatnya tentang politik negara, tentang keselamatan negara dan macam-macam. Seolah-olah dia ini perdana menteri.

“Maklumat hak ada dengan dia, kita kadang-kadang hairan, bila dia cakap satu per satu. Kita tak terfikir maklumat itu ada. Itu kita kena tahu,” kata dipetik Malaysiakini. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak ada isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share