Pihak ketiga atau yang berkepentingan dalam akaun bank berjumlah jutaan ringgit milik bapa kepada ahli perniagaan dikehendaki Low Thaek Jho atau Jho Low yang dibekukan boleh tampil mengemukakan tuntutan pada Julai depan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini membenarkan permohonan pendakwa raya untuk mendapatkan notis bagi memanggil pihak ketiga yang berkepentingan menuntut wang hampir RM50 juta dalam akaun bank milik Tan Sri Larry Low Hock Peng.

Sinar Harian melaporkan dalam satu prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan pendakwa raya untuk mewartakan notis itu terhadap akaun Hock Peng sebelum memutuskan permohonan pendakwaan bagi melucut hak.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Aaron Chelliah memberitahu mahkamah bahawa kerajaan sudah memfailkan notis usul bagi melucut hak harta itu dan memohon supaya ia diwartakan.

Pada 29 Mac lalu kerajaan selaku pemohon memfailkan notis usul dan afidavit lucut hak ke atas tujuh akaun bank milik Larry dikatakan bernilai RM48 juta.

Berdasarkan peruntukan itu mahkamah akan memanggil pihak ketiga atau yang berkepentingan terhadap wang dalam akaun milik responden untuk hadir ke mahkamah.

Pendakwaan memfailkan permohonan untuk melucut hak harta itu dengan alasan baki wang akaun itu berpunca daripada perolehan salah melalui syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Majalah Review Malaysia

KLIK VIDEO: Najib tengking tepis polis di luar mahkamah

KLIK BACA: Peguam Shafee tuduh Najib mangsa konspirasi Jho Low dan gang

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share