Datuk Seri Najib Tun Razak aktif menulis di Facebook dan Twitter meski menghadapi perbicaraan setiap hari. – Foto The Star

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, rakyat suka mendengar cerita dongeng.

Beliau mendakwa antara cerita dongeng tersebut adalah kononnya negara dalam bahaya, hutang negara RM1 trilion, tuduhan beliau pembunuh Altantuya Shaariibuu, menteri kewangan paling teruk, BN menjual negara dan Malaysia menuju ke arah bankrap.

Najib turut menyatakan kekesalan tidak menulis menjawab segala tohmahan kerana kesibukan kerja sebagai Perdana Menteri.

“Saya sedikit menyesal saya secara peribadi tidak menggunakan lebih banyak masa untuk menulis panjang-lebar seperti ini semasa saya menjawat tugas sebagai perdana menteri, supaya auta-auta dari PH disangkal dan diperbetulkan.

“Pada masa itu, saya dan rakan-rakan kita di BN fokus menjayakan Pelan Transformasi Negara yang kita rancangkan.

“Akibatnya, kita tewas di PRU14 kerana ramai termakan fitnah Malaysia ke arah bankrap walaupun realiti ialah sebaliknya.” dakwanya. – Majalah Review Malaysia

KLIK VIDEO: Najib tengking tepis polis di luar mahkamah

KLIK BACA: Peguam Shafee tuduh Najib mangsa konspirasi Jho Low dan gang

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share