Berlaku sedikit kekecohan di pekarangan bangunan Mahkamah Kuala Lumpur semalam apabila seorang pemuda menyerbu bekas Perdana Menteri Najib Razak selepas prosiding hari keempat tamat lapor Malaysiakini.

Pemuda itu bertanya kepada Najib mengapa dia dihalang daripada mendengar perbicaraan berhubung kes dana SRC International Sdn Bhd.

Situasi bertukar sedikit tegang apabila seorang anggota polis menghalang pemuda terbabit daripada menyoal bekas perdana menteri itu.

Najib pada mulanya mengatakan ‘tidak payah’ kepada anggota polis terbabit dan menepis tangannya sebelum menjerit kepadanya.

“Tak payahlah,” sergah Najib lapor Malaysiakini.

Najib kemudian memohon maaf kepada anggota polis terbabit.

“Dia nak tanya sikit,” katanya kepada pegawai polis terbabit.

Bagi menjawab soalan pemuda itu, Najib berkata perkara tersebut di luar bidang kuasanya.

“Saya tak tahulah, kena tanya mahkamah, bukan saya punya kuasa,” kata Najib kepada lelaki berkenaan.

Pemuda itu kemudian bertemu pemberita dan melahirkan rasa tidak puas hatinya berhubung penjelasan Najib.

“Kalau rakyat biasa tak dapat masuk, bagaimana nak tengok justice di Malaysia, Itulah sebab saya nak siaran langsung,” katanya.

Najib sekali lagi memohon maaf kepada anggota polis terbabit di laman Facebooknya.

“Saya tahu pihak polis sedang menjalankan tugas untuk memastikan keselamatan saya. Cuma saya berpendapat bahawa anak muda ini dibenarkan peluang untuk bertanya dan tidak ingin dia ditahan oleh pihak polis.

“Sekali lagi, saya berterima kasih dan memohon maaf kepada pihak polis,” kata Najib sambile menyatakan sebab itu beliau mahukan perbicaraan itu disiarkan secara langsung yang boleh ditonton melalui FB Live atau di YouTube. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Peguam Shafee tuduh Najib mangsa konspirasi Jho Low dan gang

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share