Datuk Seri Najib Tun Razak menyenaraikan 9 legasi PM terdahulu yang berjaya beliau selesaikan semasa memimpin kerajaan BN. – Foto Malaysiakini

Datuk Seri Najib Razak menyenaraikan 9 masalah legasi Perdana Menteri terdahulu yang diperbetulkannya sepanjang 9 tahun mentadbir negara di mana kerajaan Barisan Nasional hanya bekerja tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

Bekas Perdana Menteri itu turut mendakwa berjaya mengagihkan kekayaan negara kepada golongan B40 menerusi BR1M selepas wujud masalah legasi di mana jurang pendapatan terlalu besar dalam kalangan rakyat.

“Masalah legasi perjanjian penjana kuasa bebas (IPP) berat sebelah, kita selesaikan. Masalah legasi sistem percukaian ketinggalan zaman, tidak telus dan tidak berkesan hingga menyebabkan ratusan bilion mengalir keluar dari Malaysia, kita gantikan.

“Masalah legasi pembangunan tidak sama rata untuk pantai timur serta Sabah dan Sarawak, kita imbangkan. Masalah legasi lebuhraya tol PLUS paling panjang di Malaysia dengan perjanjian berat sebelah dimiliki pihak swasta, kita beli balik dan letak di bawah kerajaan dan KWSP.

“Masalah legasi Felda tidak mendapat dana yang cukup untuk penanaman semula dan menjaga warga Felda yang semakin lanjut usia, kita cari dana. Masalah legasi kita sering gaduh dengan negara-negara lain, kita perbaiki hubungan,” katanya di Facebook rasmi beliau.

“Masalah legasi cukai kereta terlalu tinggi dan rakyat hanya mampu membeli kereta tempatan, kita hapuskan banyak cukai seperti cukai import dan cukai jualan.

“Ia membolehkan ramai pada hari ini guna kereta pelbagai jenama di jalan raya. Bukan itu sahaja, masalah legasi sistem pengangkutan awam tidak menjadi pilihan ramai, kita tambah baik dan banyak lagi.

“Kerajaan BN sewaktu pentadbirannya tidak menipu rakyat dengan propaganda mengembalikan negara menjadi “Harimau Asia”, sedangkan Malaysia tidak pernah digelar dengan gelaran sedemikian oleh negara luar, kata Najib yang dipercayai merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir.

“Kebenarannya dalam tempoh 9 tahun ini, kadar pertumbuhan ekonomi kita lebih tinggi berbanding 4 negara yang diberi gelaran Harimau Asia, iaitu Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Korea Selatan,” katanya.

Najib turut mendakwa, rakyat suka mendengar cerita dongeng seperti negara dalam bahaya, hutang negara RM1 trilion, tuduhan beliau pembunuh Altantuya Shaariibuu, menteri kewangan paling teruk, BN menjual negara dan Malaysia menuju ke arah bankrap.

“Saya sedikit menyesal saya secara peribadi tidak menggunakan lebih banyak masa untuk menulis panjang-lebar seperti ini semasa saya menjawat tugas sebagai perdana menteri, supaya auta-auta dari PH disangkal dan diperbetulkan.

“Pada masa itu, saya dan rakan-rakan kita di BN fokus menjayakan Pelan Transformasi Negara yang kita rancangkan. Akibatnya, kita tewas di PRU14 kerana ramai termakan fitnah Malaysia ke arah bankrap walaupun realiti ialah sebaliknya,” jelasnya.- Majalah Review Malaysia

KLIK VIDEO: Najib tengking tepis polis di luar mahkamah

KLIK BACA: Peguam Shafee tuduh Najib mangsa konspirasi Jho Low dan gang

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share