Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menggesa kerajaan Pakatan Harapan segera atasi isu kenaikan harga barang makanan. – Foto The Star

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar kerajaan segera merangka langkah-langkah strategik untuk menangani peningkatan kos bahan makanan.

Baginda bertitah langkah-langkah strategik tersebut wajib memberi keutamaan terhadap peranan penting serta keperluan kritikal sektor pertanian.

“Kos bahan makanan yang meningkat semakin membebankan hidup rakyat.

“Keresahan rakyat terhadap kos bahan makanan yang meningkat hendaklah dibaca dengan tepat, ditafsirkan sebagai loceng amaran, memperingatkan kerajaan agar segera merangka langkah-langkah strategik,” titah baginda.

Sultan Nazrin beritah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Sultan Nazrin bertitah, daripada 15 juta pekerja di Malaysia, hanya 1.8 juta terlibat dalam sektor pertanian dan perangkaan itu amat membimbangkan bagi negara yang mempunyai 32 juta penduduk seterusnya diunjur meningkat 36 juta pada 2030.

Berdasarkan kepada situasi tersebut, baginda bertitah jaminan makanan semakin menjadi cabaran besar kepada mana-mana kerajaan.

Selain itu, Sultan Nazrin juga bertitah kejayaan Ladang Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pulau Tiga di Kampung Gajah, Pasir Salak mencatat hasil tertinggi pengeluaran sawit di Semenanjung Malaysia wajar dijadikan contoh untuk meningkatkan produktiviti ladang. – Bernama – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Tun Mahathir nafi ECRL diteruskan sebagai tukaran dengan JHO LOW

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share