Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman buat pertama kalinya hadir pada persidangan DUN Sabah di Kota Kinabalu hari ini lapor BERNAMA.

ADUN Sungai Sibuga itu yang tidak hadir dalam istiadat pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan DUN Sabah Khamis lepas dan persidangan pertama semalam merupakan satu-satunya ADUN UMNO di Sabah yang tinggal selepas kesemua rakan seperjuangannya berpaling kepada Bersatu.

Sebelum ini, beliau turut gagal hadir ke dua sesi sidang DUN yang diadakan tahun lepas dan turut menjadi ADUN terakhir yang mengangkat sumpah pada 5 September.

Tahun lalu, beliau memberikan alasan gagal menghadiri mesyuarat dan lewat mengangkat sumpah atas alasan masalah kesihatan dan menerima rawatan di London.

Sekembalinya dari London beliau telah didakwa di mahkamah atas beberapa pertuduhan termasuk rasuah. | Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Tun Mahathir nafi ECRL diteruskan sebagai tukaran dengan JHO LOW

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share