Najib Razak berdepan hukuman disebalik tembok penjara maksimum 55 tahun jika didapati bersalah kesemua tuduhan kes SRC International anak syarikat 1MDB. – Foto NST

KUALA LUMPUR, 15 April – Tidak seperti hari pertama perbicaraannya, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba hari ini di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur tanpa banyak penyokong.

Ahli Parlimen Pekan, yang menghadapi tuduhan rasuah yang membabitkan wang SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, kelihatan datang sendirian tanpa ahli keluarga atau kawan yang mengiringi beliau.

The Mail melaporkan apa yang menarik perhatian hadirin adalah buku-buku yang mengiringi Najib ketika dia duduk di barisan depan galeri awam sebelum perbicaraan bermula

Najib dilihat membaca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ oleh Ayman Rashdan Wong, salah satu daripada dua buku yang dibawanya bersama dengannya.

Buku ini adalah koleksi 50 artikel oleh penulis mengenai geopolitik antarabangsa.

Najib sebelum ini dikelilingi oleh penyokong Umno seperti Datuk Lokman Adam dan pelakon Ellie Suriaty Omar.

Tetapi hari ini, suasana sunyi menyambut mantan perdana menteri ketika dia menghadapi hari kedua perbicaraan rasuahnya, lapor The Malay Mail.

Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

1 – Tuduhan salah guna kuasa
Najib dituduh menerima RM42 juta sebagai balasan terhadap jaminan kerajaan kepada pinjaman SRC daripada KWAP
Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009
Hukuman: Penjara maksimum 20 tahun dan denda 5 kali ganda nilai rasuah, atau RM10,000 tertakluk mana yang lebih tinggi.

3 – Tuduhan pecah amanah
Tuduhan Pertama: Melibatkan RM27 juta
Tuduhan Kedua: Melibatkan RM5 juta
Tuduhan Ketiga: Melibatkan RM10 juta
Section 409 of the Penal Code
Hukuman: Penjara antara 2-20 tahun dan/atau denda.

3 – Tuduhan pengubahan wang haram
Memasukkan RM42 juta ke akaun bank peribadi
Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001
Hukuman: Penjara sehingga 15 tahun dan denda RM5 juta sehingga lima kali ganda bagi setiap pertuduhan.

Hari ini mahkamah diberitahu bahawa Bank Negara telah menyerbu Ambank cawangan Jalan Raja Chulan bagi mengambil dokumen bukti maklumat perbankan Najib. – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share