KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak atas 7 pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd membantah permohonan pembelaan supaya saksi pertama kemukakan 3 dokumen tambahan dalam perbicaraan kes itu.

Peguam V Sithambaram yang dilantik sebagai timbalan pendakwa raya berkata, mahkamah perlu meneliti sama ada dokumen tambahan itu boleh diterima dan sama ada ia relevan untuk dikemukakan bagi tujuan menyoal balas saksi pertama, Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Muhamad Akmaludin Abdullah, 35.

Dokumen itu termasuk butiran semua individu yang pernah menjadi pengarah di Yayasan Rakyat 1Malaysia.

“Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah jelas menyatakan mahkamah perlu meneliti dokumen yang akan dikemukakan itu sama ada boleh diterima di mahkamah ini dan sama ada terdapat keperluan untuk dokumen terbabit digunakan di mahkamah untuk menyoal balas saksi,” kata Sithambaram pada hari ke-2 perbicaraan kes Najib.

Peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib pula berhujah dokumen itu mesti ditunjukkan terlebih dahulu, kemudian baru diputuskan sama ada ia relevan atau sebaliknya.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes itu memutuskan kedua-dua pihak perlu meneliti dokumen itu sebelum boleh dikemukakan di mahkamah.

Pada prosiding 3 April lalu, Harvinderjit meminta Akmaludin membuat carian berhubung YR1M bagi mendapatkan butir semua individu yang pernah jadi pengarah di syarikat itu.

Perbicaraan kes itu kemudian diteruskan dengan pembelaan menyoal balas Akmaludin. Pada 3 April lepas saksi itu selesai memberikan keterangan pada peringkat pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan.

Najib, 66, didakwa atas 3 tuduhan pecah amanah, 1 tuduhan salah guna kedudukan dan 3 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Ahli Parlimen Pekan itu yang merupakan perdana menteri ke-6, didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan dan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 17 Ogos dan 10 Feb 2015. – Bernama /- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share