Tun Daim Zainuddin dan Hadi Awang berpelukan mesra. Hadi turut menitipkan doa agar Tun Mahathir sihat serta dirahmati Allah. – Foto Twitter

Penasihat tertinggi kerajaan Tun Daim Zainuddin bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa lawatan ke Terengganu, semalam.

Tun Daim, orang kepercayaan kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, turut mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Banyak kisah dan cerita yang dikongsikan bersama dengan penuh kemesraan.

“Semoga Tun sentiasa diberikan kesihatan dan dirahmati oleh Allah,” kata Hadi Awang menerusi Twitter yang turut memuat naik gambar pertemuan tersebut lapor FMT.

Daim adalah menteri kewangan ketika Hadi menjadi menteri besar Terengganu pada 1999, selepas pilihan raya umum menguatkan PAS di pantai timur.

Kerajaan PAS Terengganu pada masa itu menyaman kerajaan persekutuan dan firma minyak negara, Petronas kerana tidak membayar royalti minyak milik kerajaan negeri. Putrajaya kemudiannya membayar wang tersebut melalui agensinya sebagai “wang ehsan”.

PAS mengekalkan negeri itu selama sepenggal sebelum dirampas balik oleh Barisan Nasional.

Awal bulan ini, Terengganu berkata ia menerima bayaran royalti minyak sebanyak RM1 bilion dari Putrajaya tahun lepas. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share