Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memuji Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila mengatakan kerajaan membuat pilihan yang berani melantik menteri berkenaan walaupun kurang pengalaman politik.

Malaysiakini melaporkan Dr Mahathir berkata demikian semasa sesi dialog ‘Youth ask, Tun answers’ awal hari ini, Mahathir mengakui anggota kabinet termuda itu tidak berpengalaman, tetapi memiliki “semangat, idealisme dan keazaman”.

“Kita percaya meskipun beliau tidak mempunyai pengalaman, beliau melakukannya dengan semangat, idealisme dan keazaman.

“Dan ada cukup orang berpengalaman dalam kabinet yang dia boleh belajar,” kata Mahathir ketika berucap di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Syed Saddiq menyaksikan kenaikan mendadak dalam kerjaya politik sejak mula dikenali sebagai aktivis pelajar dan juara debat dunia.

Anggota Parlimen Muar berusia 27 tahun itu sendiri merupakan alumni Felo Perdana dan pada 2013 terlibat dengan program latihan dengan Menteri di Jabatan Menteri ketika itu, Nancy Shukri.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada sembilan pengasas Bersatu, dan kini mengetuai sayap Pemuda Bersatu, serta sayap Pemuda Pakatan Harapan.

Beliau memenangi pilihan umum tahun lalu apabila menewaskan anggota parlimen selama tiga penggal, Razali Ibrahim di Muar dengan majoriti 6,953 undi. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share