Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Rantau membuktikan ramai yang tersalah pilih pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Pada masa sama, bekas Pengerusi BN itu melihat faktor anak muda menyumbang kepada kebangkitan parti itu.

“Syukur atas kemenangan ini. Terima kasih pada rakyat, pengundi, jentera BN, komponen parti dan Friends of BN, dan Pas.

“Sambutan orang muda hangat. Ia menunjukkan PRU14 lalu, sudah ada ground shift yang agak besar di kalangan semua peringkat terutama orang muda, yang ramai kata mereka telah tersilap pilih waktu pilihan raya lalu.

“Waktu kempen di Rantau ada yang bisik, mereka kata mereka telah buat keputusan salah dulu dan kali ni mereka nak sokong BN.

“Ini menunjukkan bahawa segala usaha kita, kekecewaan mereka terhadap janji PH yang telah dimungkiri,” katanya kepada media selepas pengumuman kemenangan Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi PRK DUN Rantau pada Sabtu.

Pada Sabtu, Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau selepas calonnya, Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya memperoleh majoriti 4,510 undi. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share