Dr Sahruddin Jamal sah dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-17 berkuat kuasa hari ini. – Foto Sultan Johor Facebook

JOHOR BAHRU – ADUN Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal sah dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-17 berkuat kuasa hari ini.

Sahruddin yang sebelum ini Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri dilantik menggalas tanggungjawab itu selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Terdahulu, Sultan Johor berkenan menerima peletakan jawatan yang dikemukakan bekas menteri besar sebelum ini, Datuk Osman Sapian menerusi satu pertemuan di Istana Pasir Pelangi, di sini, semalam.

Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Sahruddin berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di sini pada jam 9.30 pagi tadi.

Terdahulu, kenderaan dinaiki Sahruddin mula memasuki perkarangan istana pada jam 8.50 pagi.

Sahruddin dijadualkan untuk mengadakan sidang akhbar pertamanya selaku menteri besar di Ibu Pejabat Bersatu negeri, di sini, pada jam 11 pagi nanti.

Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share